About Me

Wednesday, January 9, 2008

1429

Satu artikel menarik yang saya baca, rasanya elok utk dikongsi bersama sempena Tahun Baru Islam.
Source: IMAM UK Eire YG


Assalamu'alaikum. ..

Baru lapan hari sudah 2008 menjenguk, hampir terlupa kita esok fasa baru Maal Hijrah 1429 bermula. Tirai pembukaan 2008 menyaksikan kepada kita betapa generasi muda Malaysia hari ini begitu meriah menyambut tahun baru, hingga ada yang terkulai di tepi-tepi jalan kemabukan, pergaulan rambang dan kelab-kelab malam menyajikan hiburan all night long! Nak tak nak kita hari ini perlu mengakui bahawa budaya hedonisme begitu menular dalam masyarakat kita, dari yang sekecil-kecil usia sehinggalah kepada yang tua. Media massa yang awalnya menyiarkan upacara tahun baru besar-besaran anjuran mereka esoknya turut mengutuk 'hasil' daripada sajian hidangan mereka, bagai menjilat ludah sendiri.

Pernah melalui bandar Belfast atau bandar lain di UK/Eire seawal 1- 2 pagi? Pernah lihat masyarakat yang siangnya 'bertamadun' tiba-tiba menjadi liar, ganas dan berkeliaran di malam hari? Anda akan rasa gerun takut-takut kereta anda dirempuh oleh puluhan manusia yang berlegar-legar di tengah jalan, bukan mereka yang takut dilanggar kita! Saya berfikir sejenak tak mustahil satu hari nanti masyarakat Malaysia akan jadi seperti mereka. Christmas-clubbing, mabuk, New Year's Eve-clubbing, mabuk, St Patrick's -clubbing, mabuk! Seolah-olah tiada ertinya perayaan-perayaan ini melainkan hari yang ada excuse untuk clubbing dan mabuk! Pernah colleague saya meminta untuk swap hari bekerja takut2 dia akan hangover keesokannya. Gerun memikirkan jika hal yang sama terjadi di Msia.

Percayalah sahabat-sahabat, hari ini Islam diperintah bukan memerintah. 'Sekecil-kecil' strategi jahiliyah terancang seperti penularan penggunaan kalendar Gregorian di merata dunia sudah cukup membuat generasi hari ini melupai perjuangan dan pengorbanan Rasulullah. Peristiwa hijrah nabi menjadi contoh ulung di mana generasi muda hari itu benar-benar membina Islam, dan menyokong gerakan ke arah kesatuannya dan ke arah Islam yang memerintah, bukan diperintah. Lihat sahaja kepada Saidina Ali, belia muda yang sanggup menggadai nyawa menggantikan tempat tidur kekasih Allah. Tidak lupa kepada Asma' Abu Bakar (kakak 'Aisyah) yang sanggup merempuh lautan gurun membawa bekalan makanan buat ayahanda dan Rasulullah, seolah-olah langsung tidak gerun dikejar gerombolan angkatan tentera kuffar.

Peranan Abdulllah bin Abu Bakar tidak kurang hebatnya. Dalam tempoh tiga hari Rasulullah dan Abu Bakar bersembunyi di dalam gua Thur, beliau mengambil risiko menjadi pembekal maklumat-maklumat terkini tentang perancangan musyrikin Mekah. Di waktu siang beliau berada di sekitar Mekah sambil merisik maklumat. Kemudian ke gua Thur ketika hari hampir gelap untuk membentangkan laporan risikannya. Kemudian beliau pulang semula ke Mekah sebelum fajar terbit supaya pergerakannya tidak dilihat oleh Abu Jahal dan konco-konconya.

Pernah dengar nama 'Amir bin Fuhairah? Insan inilah yang berkorban membawa haiwan gembalaannya dengan tujuan menghilangkan kesan tapak kaki si perisik dan pembekal makanan yang sering berulang-alik dari Makkah ke Gua Thur.

Letak sahaja diri kita di tempat mereka. Begitu sukar sekali membayangkan kesanggupan untuk berkorban sehingga sanggup menggadaikan nyawa. Jika hari ini kita disibukkan dengan youtube, friendster, Xbox dan PS, di mana masa untuk Islam dan perjuangan? Setarakah kita berbanding generasi muda silam sedangkan kita hari ini sama mengharapkan syurga dan rahmat Allah? Setarakah nilai hidup kita dengan mereka sedangkan hari ini kita membaca al-Quran yang sama dengan mereka?

Kepada yang sudah berumah tangga, marilah sama-sama berazam membina anak-anak sehebat dan seberani Abdullah, Asma' dan 'Aisyah Abu Bakar. Binalah potensi mereka sejak kecil mengenal kalamullah, kerana minda kanak-kanak terlalu suci untuk dilumur dengan karat jahiliyah moden.

Semoga 1429H membuka fasa baru untuk Muslim terus cemerlang insyaAllah.. .

Artikel ringkas ini tak lain dan tak bukan adalah untuk muhasabah saya sendiri dan yang ingin mengambil sedikit pengajaran. Wallahua'lam.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1429H.

Sumber Rujukan:

http://www.abim.org.my/mindamadani/modules/ news/article. php?storyid= 891

Mazlin ~~

Sunday, January 6, 2008

motivasi2 sebentar

Dear YOU,

You can be whoever you want to if you put your mind to it!
Because you CHOOSE to be who you want to be,
It is you who can envision your own dream,
And it is YOU who can make those dreams a reality.

Be responsible for your own life,
because no one's gonna shape it for you if you don't get up and do it yourself!

So get up to the challenge, give it your very best shot,
Dan raihlah kemenangan itu!

Sekian sesi motivasi sempena suasana2 exam ini..terima kasey
doakan diri ini yg hendak menghadapi exam!!