About Me

Friday, July 13, 2007

ada apa dgn SEJARAH?

Salam..
Bila berpeluang ke program-program ilmu sebegini, baru la terasa sangat2 betapa sedikit nya ilmu yang ada kat dalam diri saya ni. Banyak sangat lagi ilmu dalam dunia ni yang masih saya takde idea tentangnya pun. Banyak lagi sejarah diri saya sendiri yang saya masih tak tahu. Dan nampaknya banyak lagi sejarah tentang nenek moyang di suatu masa yang lampau yang belum pernah saya di-exposedkan sebelum ini. (Atau.. mungkinkah sejarah itu semua memang sengaja disembunyikan? )

Ye, seingat saya, semasa belajar TOK di KMB dulu, salah satu benda yang saya faham tentang history ni: History is quite prone to be manipulated, designated into something else, into stories which can be quite far from the truth.
(Apa yang saya cuba bebelkan ni? Sejarah? *Yawn*)
tapi, kawan-kawan...tak boleh yawn2!! Penting sangat tahu tentang sejarah ni..penting sangat!! Bagaimanakah mampu kita belajar dari kesilapan yang lepas jika kita tidak tahu apa yang berlaku pada yang lepas itu utk kita belajar drpdnya? (haha mesti semua orang tak faham ayat di atas). Mesti kita semua dah sedar sekarang ini, yang setiap perkara itu berlaku ikut sunatullah, ketetapan Allah. Perkara yang lepas semuanya ada sunatullah, mesti ada hukum Allah yang menjaganya.

Ok, mari kita tengok contoh2 tamadun lampau, pasti ada bangun jatuhnya. Negara2 seperti Rom, Spain, Portugal, Great Britain, dulunya adalah nama-nama hebat empayar dunia. Misi penaklukan dunia untuk luaskan empayarnya sehingga ke seluruh pelusuk dunia. Malah tanah air kita sendiri jatuh pada 1511. Mungkin ramai yang tidak pernah perasan, tapi, jatuhnya Melaka ketika itu, hanyalah beberapa tahun setelah jatuhnya kerajaan Islam terakhir di Granada, Spain pada 1492. Nampak connection nya di situ?

Sebelum itu, lebih best rasanya kalau kita bercerita sedikit tentang kerajaan Islam yang sangat hebat dekat Spain suatu ketika dulu. Spain dulu pernah merasa nikmat Islam, percaya tak? Bayangkan orang2 di negara itu suatu masa dahulu pernah dengan izzah (bangga) nya melaungkan azan, berjemaah mendirikan solat, hadir majlis ilmu sbb nak tingkatkan ilmu agama mereka, dan semuanya ada satu faith yang sama: Islam! Dan masyaAllah, bila saya lihat sendiri dengan mata kepala betapa hebatnya tinggalan2 bangunan dan istana serta masjid yang masih ada di Spain, terutamanya di Granada dan COrdoba, tergamam juga sedikit.

Betapa berSEMANGATnya mereka ketika itu hendak kembangkan syiar agama ini, untuk beritahu kepada seluruh dunia, "Islam is the best thing that I have ever have in my life and I want everyone to know!". Dan bahawa agama inilah yang membawa dari gelap kepada cahaya yang terang. Di Spain, sangat banyak lahirnya ilmuwan Islam, dan banyak orang2 barat sekalipun datang ke situ sebab hendakkan sedikit ilmu org Islam di sana. Siap pakai jubah lagi org barat ni. Jubah graduasi kita sekarang ni pun asalnya dari jubah2 semasa zaman kegemilangan Islam dulu tau! Yang paling hebat tentang orang2 Islam dan ilmu mereka adalah kerana segala macam ilmu mereka itu adalah didasarkan kepada Al-Quran dan hadis. Mungkin seronok juga jika saya boleh cerita lebih byk tentang Spain dan pengalaman semasa travel ke sana winter yang lepas kan? One day mungkin.

OK. Lepas ini mungkin kita boleh bergerak sedikit ke belakang lagi, n cerita bagaimana bila Islam datang ke alam Melayu, segala-galanye telah berubah.For me, agak menarik la sbb sy sendiri pun tak pernah tahu ttg hal ini sblm ini.

No comments: