About Me

Monday, September 3, 2007

sesuatu untuk difikirkan,,,

Forwarded message:::


"Tahniah

assalamualaikum

hari ni wajar kita ucapkan tahniah kepada diri kita selaku melayu muslim malaysia kerana hari ini 3/9/08 adalah hari terakhir anak2 kita menduduki peperiksaan besar ie UPSR dalam bahasa melayu.

Peperiksaan- peperiksaan besar yang lain PMR dan SPM sememangnya sudah diadakan dalam bahasa Inggeris.

Ya, akan ada orang membuat hujah ini demi kemajuan. tetapi bangsa mana yang maju hanya dengan mengubah perkara ini? France? Germany? Jepun?

Soalan yang patut kita fikir dan tanya mengapa seluruh parti politik cina, kumpulan pejuang pendidikan cina dan sekutu mereka berjaya memastikan anak2 mereka kekal mengambil peperiksaan peperiksaan ini dalam bahasa ibunda mereka.

Selamat tinggal Bahasa Melayu. selamat tinggal Zaa'ba, Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, seluruh pejuang2 kebangsaan, selamat jalan kepada seluruh pemimpin2 yang berusaha mendaulatkan Bahasa Melayu suatu masa dahulu.

Suatu masa dahulu hingga melayu muslim berjaya melahirkan golongan kelas menengah yang ramai seperti hari ini. Bahasa Jiwa Bangsa. Yahudi berjaya hidupkan bahasa Hebrew kembali selepas membina negara. Jepun teguh dengan bahasanya. Begitu juga Perancis, Jerman dan seterusnya.

Bahasa Jiwa Bangsa. sungguh ironi. mungkin sememangnya bangsa ini sudah mati akal dan jiwanya. Selamat Hari Kebangsaan."

Hilang bahasa, hilanglah identiti bangsa.

1 comment:

Arifah said...

Sedihnye. Huhu. Menambah lagi kesedihan hati sy ini. Hehehe. Saje je nak berlakon depress. Sesungguhnya Allah Maha Kaya. =)